Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    89 pendatang maut di lautan luar pesisir Mauritania

    NOUAKCHOTT, 5 JULAI – Hampir 90 orang pendatang yang menuju ke Eropah terkorban apabila bot mereka terbalik awal minggu ini di luar pantai Mauritania, kata agensi berita negara itu dan seorang pegawai tempatan kelmarin, manakala berpuluh-puluh lagi masih hilang.

    “Pengawal pantai Mauritania menemui mayat 89 orang di atas bot nelayan tradisional besar yang terbalik pada 1 Julai di pantai Lautan Atlantik” kira-kira empat kilometer dari bandar Ndiago di barat daya negara itu, kata agensi berita negara itu.

    Pengawal pantai menyelamatkan sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, katanya.

    Agensi itu memetik mangsa yang terselamat sebagai berkata bot itu telah belayar dari sempadan Senegal dan Gambia dengan 170 penumpang di dalamnya, menjadikan jumlah yang hilang kepada 72 orang.

    Seorang pegawai kanan kerajaan tempatan memberikan maklumat serupa kepada AFP, dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    Laluan Atlantik amat berbahaya disebabkan arus kuat, dengan pendatang melakukan perjalanan dengan lebihan muatan, selalunya tidak layak untuk pelayaran laut, bot-bot tanpa air minuman yang mencukupi.

    Tetapi ia telah meningkat popular disebabkan peningkatan langkah kewaspadaan di Mediterranean. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda