Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 anggota ABDB sertai MALBATT selamat berlepas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Penerbangan ketiga Kontinjen MALBATT 850-12 untuk misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang terdiri daripada 207 anggota MALBATT 850-12 termasuk sembilan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah selamat berlepas menggunakan pesawat Batik Air Airbus A330-300, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, menyatakan hadir di majlis pemergian itu ialah Penolong Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ Tong Veng Leong TUDM.

    Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin dan pegawai-pegawai kanan ATM serta ahli keluarga kontinjen yang akan berlepas.

    Upacara dimulai dengan Tabik Hormat daripada kontinjen, diikuti dengan lagu ATM serta ucapan daripada tetamu kehormat dan diakhiri dengan laungan ‘Gempur Wira’ serta disusuli dengan bacaan Doa.

    Penerbangan yang terakhir bagi kontinjen MALBATT 850-12 dijadualkan berlepas dari Malaysia ke Lubnan pada 18 November. 

    Gambar ramai sembilan anggota ABDB yang terlibat dalam penerbangan ketiga berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda