SYDNEY, 16 NOV – Sembilan orang cedera, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penonton di sebuah acara perlumbaan di tenggara Australia, kata pihak polis.
Kereta tersebut yang menyertai perlumbaan pada petang kelmarin dikatakan terbabas, melanggar pagar dan merempuh penonton di Walcha, kira-kira 300 kilometer di utara Sydney.
Seorang lelaki berusia 54 tahun mengalami ‘kecederaan kritikal’, menurut polis New South Wales, manakala tiga lagi cedera parah.
Rakaman dramatik yang dikongsi media tempatan memaparkan kereta berkenaan melambung laju menembusi pagar sebelum merempuh orang ramai.
Polis berkata pemandu tersebut dipercayai terlibat dalam satu ‘perlanggaran di atas trek’ beberapa detik sebelum kemalangan berlaku. – AFP

