Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 Februari sebagai ‘Hari Teluk Amerika’ – Trump

    WASHINGTON, 10 FEB – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin mengisytiharkan tarikh 9 Februari sebagai ‘Hari Teluk Amerika’ atau Gulf of America Day, lapor Agensi Anadolu (AA). 

    Trump menandatangani pengisytiharan itu di dalam pesawat Air Force One ketika dalam penerbangan merentasi Teluk Mexico menuju ke New Orleans, Louisiana bagi menghadiri perlawanan Super Bowl. 

    “Saya menyeru pegawai awam dan seluruh rakyat Amerika Syarikat untuk memperingati hari ini dengan program, upacara dan aktiviti yang bersesuaian,” katanya dalam pengisytiharan itu. 

    20 Januari lalu, selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47, Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan Setiausaha Dalam Negeri untuk mengambil semua tindakan sewajarnya bagi menamakan semula Teluk Mexico kepada ‘Teluk Amerika’. – Bernama/AA 

    Presiden Donald Trump memegang pengisytiharan 9 Februari sebagai Hari Teluk Amerika yang ditandatangani dalam kapal Air Force One kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda