Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 Jam di atas atap

    KUALA BELAIT, 2015 – Setelah sembilan jam berada di atas bumbung rumah, seorang lelaki yang dikejar polis akhirnya berjaya dipujuk untuk turun dan menyerah diri. Menurut polis, anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Polis Belait sedang menjalankan siasatan berhubung satu kes curi, melibatkan seorang lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan.

    Menyedari kehadiran anggota polis di rumahnya di kawasan Kampung Pandan C, kira-kira pukul 9:50 malam, lelaki terbabit terus naik ke atas bumbung rumahnya sambil memberitahu polis bahawa dia akan mencederakan dirinya dengan pisau yang dibawa bersamanya.

    Kejadian tersebut cepat tersebar melalui media sosial WhatsApp, dengan berbagai-bagai perspektif mengatakan cuba membunuh diri dan amuk.

    Berikutan itu wartawan Media Permata pergi ke lokasi kejadian dan mendapati kawasan di salah senuah rumah di RPN Kampung Pandan C, dikawal oleh beberapa orang anggota polis selain turut dibentangkan tali tanda larangan mendekati kawasan berkenaan. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk di atas atap dengan memegan sebilah pisau. Turut berada di tempat kejadian, kenderaan bomba dan anggota jabatan itu.

    Bagaimanapun, pegawai perunding polis yang bertugas telah berjaya menenangkan keadaan dan seterusnya memastikan lelaki terbabit dalam keadaan selamat. Kira-kira pukul 6:15 pagi, hasil rundingan, lelaki terbabit bersetuju untuk turun dari bumbung rumah dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, kemudiannya dibawa ke Balai Polis untuk siasatan lanjut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda