Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 kadet polis KUPU SB naik pangkat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seramai sembilan ahli Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Kenaikan Pangkat Ahli Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei KUPU SB bagi Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Tarbiah, KUPU SB, kelmarin.

    Surat kenaikan pangkat kepada ahli-ahli kadet berkenaan telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Menguasa Pasukan Kadet Polis, Pusat Latihan Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia S/Insp Mohammad Zahrin bin Zakaria.

    Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei, KUPU SB mula ditubuhkan pada tahun 2018. Keahlian mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB Tahun 2 Sarjana Muda Perguruan Ugama dan Tahun 2 Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dalam pasukan ini adalah untuk memenuhi keperluan Kursus Kokurikulum (Beruniform) yang memberikan nilai tambah kepada mereka untuk meneroka peluang-peluang kerjaya dalam pasukan beruniform.

    Majlis kenaikan pangkat ahli-ahli kadet ini secara tidak langsung menjadi dorongan kepada mereka untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai acara dan aktiviti demi memupuk semangat berpasukan, menjaga disiplin dan memikul tanggungjawab dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

    Yang Mulia S/Insp Mohammad Zahrin bin Zakaria hadir ke majlis berkenaan.

    Antara yang menerima surat kenaikan pangkat berkenaan.
    Sesi bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda