Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

9 keluarga mualaf terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Projek Fathul Barakah 4.0 diteruskan lagi hari ini dengan penyampaian sumbangan kepada sembilan buah keluarga mualaf di kawasan pedalaman Daerah Belait.

Ikut serta selaku ketua rombongan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Aliyani bin Ismail.

Projek berkenaan bertujuan untuk menyerahkan bantuan berupa keperluan harian bagi menjaga kebajikan dan memberi perhatian kepada para mualaf di negara ini.

Ia merupakan usaha dan inisiatif Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dengan kerjasama persatuan-persatuan mualaf untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam sama-sama memberikan infak jariah berupa keperluan asasi kepada asnaf mualaf yang memerlukan sebelum tibanya bulan Ramadan 1444 Hijrah agar para mualaf dapat melaksanakan ibadah puasa dengan selesa di samping menjalani kehidupan seharian.

Selain atas rasa pemedulian PDI kepada mualaf, ia juga merupakan salah satu metode dakwah kepada para mualaf yang pada awalnya bukan beragama Islam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Nurhuwaina binti Mahmud.

Antara keluarga mualaf yang menerima sumbangan menerusi Projek Fathul Barakah 4.0, kelmarin. – Gambar oleh Daniel Lim.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -