Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 keluarga terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    Bandar Seri Begawan, 3 Nov – Sebagai bantuan kebajikan yang dilaksanakan secara berterusan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menghulurkan sumbangan kewangan berjumlah $9,200 kepada sembilan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada 28 Oktober lalu di sebuah berek kerajaan di Jalan Pelumpong, Muara.

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny pada majlis yang berlangsung di kediaman ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

    Ketua-ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan ialah Awang Mohd Eddy Faridzul bin Haji Ibrahim, Awang Azri bin Jumaat, Dayang Asmah binti Haji Bungsu, Awang Abdul Hafiz bin Jamaludin, Awang Mohd Rihadus Salihin bin Haji Abu Bakar, Eda anak Nangah, Morris anak Chana, Riki anak Juan dan  Sanding anak Ungap.

    Sumbangan berkenaan dihasratkan dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan.

    Dato Paduka Awang Eddie menyampaikan sumbangan Yayasan kepada salah seorang mangsa kebakaran rumah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda