TRIPOLI, 29 JUN – Sembilan lagi mayat tidak dikenali ditemukan di tanah perkuburan besar di bandar Tarhuna, Libya, lapor agensi berita Anadolu memetik pegawai semalam.
Pengerusi Pihak Berkuasa Libya bagi mencari dan mengesan orang hilang, Kamal Al-Siwi, berkata setakat ini sebanyak 19 mayat sudah ditemukan sejak operasi bermula pada 5 Jun lalu.
Tarhuna, terletak kira-kira 90 kilometer di selatan ibu kota Tripoli, kubu terakhir militia terletak di barat Libya, dikuasai tentera yang setia kepada Jeneral Khalifa Haftar, sebelum ditawan semula pada awal Jun oleh pasukan bersekutu, berpangkalan di Tripoli. – Bernama