Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 lagi venue Piala Dunia 2026 dipadam

    LOS ANGELES, 5 Okt – Senarai bagi bandar-bandar yang berpotensi menjadi sebahagian daripada bidaan bersama AS, Kanada dan Mexico bagi Piala Dunia 2026 telah dikurangkan kepada 32 selepas sembilan lagi bandar dipadam dari senarai, menurut satu kenyataan.

    Usaha sama negara-negara Amerika Utara itu dilihat sebagai pilihan bagi 2026, dengan hanya satu bidaan dari negara lain, Maghribi, jadi setakat ini dalam laluan bagi menghoskan kejohanan itu.

    Sebanyak 41 bandar berpontensi telah disenaraikan untuk mengadakan beberapa perlawanan peringkat kumpulan atau menghoskan pasukan, telah diedarkan bulan lepas oleh para penganjur.

    Jumlah itu telah ditapis kepada 32 selepas sembilan bandar termasuk Cleveland, Pittsburgh, San Antonio dan New Orleans tidak dipertimbangkan.

    Daripada 32 bandar yang masih tersenarai, 25 berada di AS, empat di Kanada dan tiga dari Mexico.

    “Ketika kami bergerak ke peringkat seterusnya bagi proses bidaan, kami menjadi semakin yakin bahawa kami mempunyai segala-galanya untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA terbesar dan menarik dalam sejarah dan membantu perkembangan bola sepak di seluruh Amerika Utara dan sekeliling dunia.

    “Kami mempunyai lebih daripada dua kali ganda jumlah bandar yang diperlukan untuk mengadakan perlawanan-perlawanan pada tahun 2026.

    Bidaan bersama AS, Mexico dan Kanada akan menghantar antara 20-25 venue dalam bidaan terakhirnya bagi FIFA, dengan 12 lokasi kemungkinan besar dipilih sebagai bandar-bandar hos untuk kejohanan itu, yang mana akan menjadi edidi pertama format 48 pasukan FIFA.

    Bidaan rasmi menyatakan bahawa 60 daripada perlawanan kejohanan akan diadakan di AS, dengan Kanada dan Mexico masing-masing menghoskan 10 perlawanan.

    AS akan menghoskan kesemua perlawanan peringkat kalah mati dari suku akhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda