Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 maut, 30 cedera dalam nahas jalan raya di selatan India

    NEW DELHI, 30 Okt – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 30 yang lain cedera dalam nahas jalan raya di Karnataka, selatan India, menurut polis pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

    “Nahas berlaku pada petang Ahad di kampung Thore Settihalli di daerah Mandya, selepas sebuah van yang membawa kira-kira 40 orang terbabas, sebelum melanggar sebatang pokok,” kata seorang pegawai kanan polis.

    Sembilan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan dengan bantuan penduduk tempatan, katanya.

    Menurut polis, van yang sarat dengan penumpang itu, dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan.

    Nahas jalan raya sering berlaku di India, kerana sikap pemandu yang tidak berhemah dan keadaan jalan raya yang teruk. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda