Saturday, May 10, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 maut, 5 cedera parah kemalangan di Myanmar

    YANGON, 30 OGOS – Sembilan orang terbunuh manakala lima lagi cedera parah dalam satu perlanggaran antara lori berat dan sebuah lori ringan di Mandalay, tengah Myanmar kelmarin, menurut Polis Kawasan Mandalay.

    Tragedi itu berlaku apabila lori 22 roda membawa simen dan sebuah lori kecil membawa 14 penumpang berlanggar di jalan pirau Pyin Oo Lwin berhampiran hutan pain, pegawai polis memberitahu Xinhua.

    Semua yang mati dan cedera adalah penumpang lori ringan, katanya. Akhbar Myanmar, Global New Light memetik Jabatan Pentadbiran Pengangkutan Jalan, melaporkan terdapat 4,158 perlanggaran kenderaan di negara itu tahun lalu, mengakibatkan 5,460 cedera dan 2,075 mati. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda