BERLIN, 27 APRIL – Sembilan individu telah disahkan maut apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di sebuah pesta jalanan di Vancouver, Kanada, kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Polis Kanada, beberapa orang lagi turut cedera dalam insiden itu, manakala pemandu kenderaan kini berada dalam tahanan, menurut kenyataan di platform X.
Menurut siaran televisyen tempatan yang memetik saksi, suspek cuba melarikan diri dengan berjalan kaki selepas merempuh orang ramai, namun berjaya ditahan oleh orang awam.
Datuk Bandar Vancouver Ken Sim berkata beliau terkejut dan sedih dengan ‘insiden mengerikan’ itu. – Bernama
