TAIYUAN, 2 April – Sembilan mayat ditemui selepas berlaku letupan di sebuah rumah di Wilayah Shanxi, utara China malam semalam, menurut pihak berkuasa hari ini.
Tempat penyimpanan haram bahan letupan dipercayai punca letupan itu.
Letupan berlaku sekitar pukul 10:30 malam semalam di Nanhuan West Road di Daerah Fushan, di bandar Linfen, dan mengakibatkan 10 orang tertimbus, menurut seorang pegawai jabatan publisiti bandar itu.
Pada pukul 11 pagi hari ini, sembilan mayat telah ditemui dan seorang telah berjaya diselamatkan. Enam orang lagi yang berada berhampiran letupan mengalami cedera ringan. – Xinhua