Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 maut dalam serbuan polis di favelas Rio de Janeiro

    RIO DE JANEIRO, 28 FEB – Serbuan polis di beberapa kawasan kejiranan di Rio de Janeiro berpendapatan rendah pagi kelmarin telah menyebabkan kira-kira sembilan maut dan enam cedera, kata polis dalam satu kenyataan.

    Serbuan tersebut menyasarkan kawasan yang dikawal oleh kumpulan penyeludupan dadah, Red Command dan berlaku di beberapa komuniti di utara bandar itu, termasuk Cidade de Deus dan kompleks favelas Alemao dan Penha.

    Penduduk tempatan menggunakan media sosial untuk berkongsi video dan gambar tembakan. Ribuan kanak-kanak terpaksa tinggal di rumah, dengan pengangkutan awam dan sekolah ditutup sementara semasa operasi dijalankan.

    Penyiar TV Globo News menunjukkan imej penghadang yang diperbuat daripada tayar getah, perabot, kereta, kadang-kadang dinyalakan oleh penjenayah dalam usaha untuk memperlahankan usaha polis.

    Menurut Fogo Cruzado, sebuah organisasi bukan untung yang menyediakan laporan masa nyata tentang keganasan senjata api di Brazil, tembakan di kompleks Alemao masih dilaporkan pada tengah hari. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda