Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    9 maut rempuhan di stadium bola sepak

    SAN SALVADOR, 21 MEI – Sembilan orang maut kelmarin dalam kejadian rempuhan di stadium El Salvador di mana peminat bola sepak berkumpul untuk menyaksikan kejohanan tempatan, menurut polis.

    “Jumlah kematian selepas kejadian rempuhan di Stadium Cuscatlan adalah seramai sembilan orang,” menurut Polis Awam Kebangsaan melalui Twitter, dan mengongsikan ‘beberapa’ orang mengalami kecederaan, termasuk sekurang-kurangnya dua berada dalam keadaan kritikal, dan dibawa ke hospital berhampiran.

    Polis berkata laporan awal menunjukkan peminat yang dirempuh cuba memasuki stadium di ibu kota San Salvador untuk menyaksikan perlawanan antara Alianza dan FAS.- AFP

    Seorang peminat wanita dilihat menangis selepas diselamatkan ketika kejadian rempuhan perlawanan bola sepak di San Salvador.- AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -