SRINAGAR, INDIA, 20 OKT – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh hari ini dalam serangan terbaharu di sepanjang sempadan India-Pakistan di Kashmir, kata para pegawai, menambah angkat kematian itu meningkat dalam beberapa hari terakhir ketika New Delhi mengurangkan perintah berkurung di kawasan yang dipertikaikan.
Ketegangan berlaku di antara negara sempadan jiran yang bersenjata nuklear selepas India membatalkan autonomi Kashmir pada 5 Ogos dan sekatan pergerakan dan komunikasi dikenakan untuk meredakan kekacauan. Pegawai dari kedua negara menuduh satu sama lain terhadap serangan mortar dan serangan kecil di sepanjang kawasan yang dikawal.
“Dua tentera dan orang awam terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serangan itu,” kata jurucakap tentera India, Kolonel Rajesh Kalia kepada AFP mengenai serangan yang berlaku di rantau Tangdhar, daerah Kupwara. – AFP
