Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 maut serangan tembakan di Kaherah

    KAHERAH, 31 Dis – Seorang penunggang motosikal kelmarin telah melepaskan tembakan di luar sebuah gereja di sub bandar Kaherah dan sebuah kedai berhampiran, mencetuskan kejadian tembak-menembak yang membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk lapan penganut Kristian Koptik, menurut pihak berkuasa. Ia merupakan serangan terbaru yang menyasarkan minoriti Kristian, Mesir.

    Lelaki bersenjata tersebut juga terbunuh, termasuklah sekurang-kurangnya seorang anggota polis, beritahu pegawai.

    Sekutu kumpulan pelampau IS setempat mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang berlaku lewat Jumaat lalu, dengan mengatakan ia dilakukan dengan ‘keselamatan terperinci’ dan salah seorang anggotanya ‘syahid’ dalam serangan itu. Dakwaan itu dilakukan oleh agensi berita kumpulan itu, Aamaq.

    Serangan bermula apabila lelaki bersenjata cuba untuk memintas halangan keselamatan di luar Gereja Koptik Mar Mina. Tidak jelas berapa banyak penyerang terlibat. Kementerian Dalam Negeri Mesir hanya merujuk kepada satu, tetapi gereja Ortodoks Koptik menyebutkan sebagai “lelaki bersenjata.”

    Seorang anggota polis berdiri di hadapan gereja Mar Mina di Helwan, Kaherah, Mesir, Kelmarin. – AP

    Lima orang cedera, termasuk pegawai polis lain, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed.

    Serangan berlaku di tengah-tengah pengetatan keselamatan di sekitar gereja dan kemudahan Kristian menjelang sambutan Krismas bagi Kristian Ortodoks Koptik pada 7 Januari. Polis telah ditempatkan diluar gereja dan di jalan-jalan berdekatan di Kaherah.

    Presiden Abdel-Fattah el-Sissi secara peribadi mempengerusikan pertemuan bersama ketua-ketua keselamatan tertingginya sejak beberapa hari untuk membincangkan keselamatan ketika menjelang Tahun Baru dan Krismas Ortodoks.

    Presiden Donald Trump bercakap bersama presiden Mesir selepas serangan itu, mengu-tuknya dan mengulangi “bahawa AS akan terus bersama-sama Mesir dalam menghadapi keganasan.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda