Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 maut terhidu gas beracun

    NEW DELHI, 31 Jan – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh selepas terhidu gas beracun di sebuah kilang minyak di negeri barat Maharashtra, India, menurut pegawai hari ini.

    Pekerja-pekerja itu sedang mencuci sebuah tangki kimia di kilang minyak di kawasan industri Latur, kira-kira 472km ke timur Mumbai, ibu negeri Maharasthra.

    “Sembilan orang pekerja terbunuh dalam kilang minyak di sini,” menurut seorang pegawai polis di Latur. “Insiden berlaku malam semalam di mana tujuh mayat pekerja dikeluarkan. Awal hari ini, dua lagi mayat ditemui dari tangki itu.”

    Seorang pekerja yang diselamatkan dalam keadaan tidak sedarkan diri, dimasukkan ke hospital di sebuah kemudahan perubatan terdekat.

    “Dia kini menjalani rawatan di hospital Vivekanand di sini,” kata pegawai. Polis memfailkan kes tersebut dan mengarahkan satu siasatan ke atas insiden itu.

    Saksi-saksi memberitahu media bahawa mereka mengetahui mengenai insiden itu apabila pekerja-pekerja itu tidak keluar dalam masa yang lama dan rakan sekerja yang memeriksa mereka juga terkandas.

    “Mayat-mayat ditemui bers-usun di dalam tangki,” kata pegawai perkhidmatan bomba. “Pada awalnya ia kelihatan pekerja mati akibat terhidu gas beracun namun punca sebenar hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.”

    Polis sudah memberkas empat orang termasuk pemilik kilang berkaitan dengan insiden itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda