Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 mayat ditemui tertimbus dalam runtuhan tanah

    BANDAR MEXICO, 17 SEPT – Pihak berkuasa menemui sembilan mayat selepas tanah runtuh hujung minggu menimbus kediaman beberapa keluarga di tengah Mexico, kata pegawai semalam.

    Bencana itu berlaku pada Sabtu lalu di kampung San Luis Ayucan, berhampiran ibu negara, kata agensi perlindungan awam kebangsaan.

    Pasukan penyelamat yang menggunakan anjing pengesan berjaya menyelamatkan tiga orang daripada timbunan lumpur yang ditinggalkan akibat runtuhan tanah tersebut.

    Seorang anak damit telah disahkan meninggal dunia pada hari yang sama tetapi tidak jelas sama ada kematiannya adalah sebahagian daripada sembilan yang diumumkan kelmarin.

    Hampir 150 orang di kampung itu telah dipaksa keluar dari rumah mereka dan kini tinggal di tempat perlindungan.

    Tanah runtuh adalah perkara biasa di Mexico terutamanya pada musim hujan dan taufan yang berlangsung dari Mei hingga November. – AFP

    Ribut Tropika Ileana (kiri) berhampiran bandar Mexico di Topolobampo di sebelah timur Teluk California, pada 14 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda