ZAMA, Jepun, 31 Okt – Polis Jepun telah menemui sembilan mayat dengan anggota badan mereka yang dikerat-kerat disembunyikan dan kepala mereka dipenggal di sebuah rumah pangsa pinggir bandar Tokyo, lapor media hari ini.
Polis Tokyo telah memberkas Takahiro Shiraishi berusia 27 tahun yang dilaporkan mengaku memenggal daging daripada mayat berkenaan dan membuangnya bersama sampah serta mencurah pasir kumbahan kucing ke atasnya dalam usaha untuk menyembunyikan bukti.
Menurut media tempatan, Shiraishi telah memberitahu polis bahawa dia telah mengerat mayat-mayat itu di bilik air dan sebilah gergaji telah ditemui di dalam biliknya.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn