Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 militan maut di Sinai yang bergolak

    KAHERAH, 17 Julai – Pasukan keselamatan Mesir telah membunuh sembilan militan di tengah-tengah pusat Sinai dan memusnahkan beberapa gedung amunisi milik mereka.

    “Angkatan tentera telah berjaya memusnahkan sebuah kenderaan yang penuh dengan bahan peledak dan membunuh enam ekstremis bersenjata di kawasan pergunungan di pusat Sinai,” kata jurucakap tentera Tamer al-Refaay dalam satu kenyataan pada Ahad.

    Jurucakap itu menambah bahawa serbuan itu datang selepas pasukan menemui sel pengganas dan plot mereka untuk menjalankan operasi anti-kerajaan.

    Terdahulu pada hari Ahad, juga di pusat Sinai, tentera membunuh tiga militan dan menangkap seorang lagi, selain memusnahkan sebuah kenderaan dan lima depot yang mengandungi peluru dan bahan peledak.

    Pasukan keselamatan Mesir telah membunuh sembilan militan di tengah-tengah pusat Sinai dan memusnahkan beberapa gedung senjata milik mereka. – AFP
    Pasukan keselamatan Mesir telah membunuh sembilan militan di tengah-tengah pusat Sinai dan memusnahkan beberapa gedung senjata milik mereka. – AFP

    Di seberang negara, di sempadan barat dengan timur Libya, angkatan udara Mesir pada Ahad telah memusnahkan 15 kenderaan yang dimuatkan dengan senjata, peluru dan bahan peledak sebelum menyusup ke Mesir, meningkatkan jumlah kenderaan yang musnah sejak Mei hingga 42.

    Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi pada Mei berkata bahawa tenteranya juga memusnahkan 300 kenderaan dari Libya sejak tiga bulan sebelumnya, dengan menyatakan bahawa kira-kira 1,000 kereta sedemikian melintasi sempadan ke Mesir.

    Dalam satu panggilan pada hari Ahad, Presiden Sisi dan rakan sejawatannya dari Perancis Emmanuel Macron membincangkan beberapa isu serantau termasuk usaha bersama untuk mencapai penyelesaian di Libya yang terlibat dengan konflik. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda