Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 nelayan warga Vietnam didenda

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman denda terhadap sembilan orang nelayan warga Vietnam yang berdepan dakwaan menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negara ini.

    Pham Hong Dai selaku ketua kru dijatuhi denda $10,000 oleh Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman atau berdepan hukuman 10 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

    Manakala kru-kru kapal iaitu Luu Van Duc, Nguyen Thanh Tung, Phan Van Thua, Ngo Xuan Cuong, Vu Dinh Luan, Tran Xuan Dieu, Nguyen Van Xoi dan Van Dinh Long dijatuhi denda $500 setiap seorang dan jika gagal membayar berdepan sebulan penjara.

    Tertuduh yang berusia antara 26 dan 48 tahun berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Mac 2017 dengan menaiki tekong pendaftaran Vietnam.

    Tekong itu didapati memiliki peralatan menangkap ikan di mana berbagai-bagai jenis ikan seberat 520 kilogram ditemui dalam tekong itu.

    Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien memerintahkan tekong dan hasil perolehan ikan tersebut dirampas dan diserahkan kepada kerajaan.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda