Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 pelanggaran arahan dicatatkan

    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Operasi Peralihan yang memasuki hari ke-35 kelmarin, telah mencatatkan sembilan pelanggaran arahan di seluruh negara sepanjang penguatkuasaan dari pukul 10 malam hingga 4 pagi tadi.

    Daripada jumlah tersebut, lima kesalahan adalah pelanggaran arahan berada di rumah, dua kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth dan dua kesalahan tidak memakai pelitup muka.

    Menurut Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), tujuh kesalahan telah dicatatkan di Daerah Brunei dan Muara, satu di Daerah Belait dan satu lagi di Daerah Tutong.

    PPDB telah menekankan bahawa ketika negara masih berada dalam Fasa Awal Endemik, penguatkuasaan yang dilaksanakan melalui operasi itu akan sentiasa dijalankan dengan penuh komited kerana dalam fasa ini tidak bermakna wabak penularan COVID-19 tersebut telah berakhir.

    Di sebalik arahan pihak kerajaan dalam memberikan kelonggaran terhadap sekatan-sekatan pergerakan, masyarakat awam perlu sentiasa beringat dan berwaspada agar tidak membiarkan pengawasan kendiri diabaikan tanpa mengira masa dan tempat.

    Pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang diaturkan perlu menjadi keutamaan semua lapisan masyarakat di negara ini untuk memastikan penularan sentiasa dibendung dengan sebaiknya bagi memastikan pelindungan dan keselamatan diri sendiri serta keluarga sentiasa dalam keadaan terjamin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda