Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 produk kosmetik dikesan mengandungi merkuri, hydroquinone

    KUALA LUMPUR, 15 JULAI – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan sembilan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual termasuk merkuri dan hydroquinone.

    Produk berkenaan adalah Deeja Cosmetics Laika Cream (merkuri), Dejaa Cosmetics Zulai Cream (hydroquinone), Deeja Cosmetics Yus Cream (hydroquinone), dan Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) (hydroquinone).

    Lima lagi produk kosmetik adalah Dnars Gold Lifthing Serum (Night) (merkuri), Sparkle Beauty Cream (hydroquinone, tretinoin & betamethasone 17-valerate), Sparkle Sun Day Cream (merkuri), Qeziger Age-locking Recharging Spot A.M Cream (merkuri) dan MS Skinz Night Cream (merkuri).

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata KKM melalui Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi telah membatalkan notifikasi sembilan produk terbabit dan susulan itu, semua produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di negara ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda