Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    9 startup terokai ekosistem keusahawanan serantau

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Sembilan daripada startup tempatan terbaik daripada kem keusahawanan Darussalam Enterprise (DARe), Accelerate, baru-baru ini, mengambil bahagian dalam Hari Demo di Singapura di mana mereka peluang untuk melibatkan diri dalam ekosistem keusahawanan serantau.

    Syarikat tempatan berkenaan ialah Xpress Enterprise, Ameenfarm Agrotech & Trading, Bruhaha Comedy, Rumine Corporation, Fatih Aquaculture, Thryffy, Alora Collection, Yuwal Technologies, dan Al-Huffaz Management.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan DARe, Khatulistiwa Emas Singapura (GE) sebagai fasilitator yang dilantik DARe untuk kem keusahawanan terdahulu, telah melaksanakan Hari Demo itu pada 13 hingga 17 Mac lalu, bagi memperkasakan syarikat-syarikat tempatan sebelum membuat pembentangan di hadapan panel tujuh kapitalis usaha sama terkemuka dan perunding-perunding di ruang kerja teknologi GE dan inovasi SPECTRUM.

    Hari Demo merupakan program keusahawanan yang mengumpulkan syarikat baharu untuk bersama-sama membentangkan idea dan rangkaian mereka di hadapan rakan kongsi perniagaan yang berpotensi.

    Sebelum acara di Singapura, setiap kitaran Accelerate di Brunei mempunyai Hari Demo sendiri, di mana semua peserta berpeluang membuat pembentangan dan peserta berpotensi tinggi akan dikenal pasti.

    Selain itu, GE juga menyusun senarai lawatan dan bengkel untuk sembilan peserta berkenaan. Ini termasuk sesi yang memberi tumpuan kepada cara untuk memasuki pasaran Singapura dan fireside chat bagi membangun aspek pelaburan bersama Dr Mark Hon selaku salah seorang pembina usaha niaga perintis Singapura dan pengasas Sugar Venture Capital.

    Di samping itu, para peserta turut berpeluang mengadakan lawatan ke perusahaan sosial dan agritech startup, Edible Garden City yang memenangi anugerah.

    Para peserta kem keusahawanan DARe ketika mengikuti salah satu bengkel yang diadakan. – Gambar serahan DARe
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...