Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 terbunuh dalam serangan lombong emas di Peru

    LIMA, 3 DIS – Sembilan orang terbunuh dan lebih 12 cedera dalam serangan ke atas lombong emas di utara Peru, kata pihak berkuasa semalam.

    Sekumpulan ‘penjenayah bersenjata’ menyerbu lombong Poderosa di wilayah Pataz, kata Kementerian Dalam Negeri Peru dalam satu kenyataan di platform media sosial X, ‘menghadapi keselamatan dalaman syarikat dengan ganas.’

    Kementerian itu berkata bahawa tujuh penyerang telah ditahan dan polis berjaya ‘mengawal keadaan.’

    Antara yang maut ialah tujuh pengawal keselamatan yang cuba menangkis serangan dan dua orang pelombong.

    Dua pelombong terbunuh apabila penyerang melontar bahan letupan ke dalam syaf lombong, kata pihak berkuasa.

    Kementerian tersebut melaporkan 15 orang telah cedera, tetapi media tempatan kemudiannya meletakkan jumlah itu pada 23 orang. Pihak berkuasa berkata mereka masih menyiasat motif serangan itu, menurut laporan akhbar tempatan.

    Pada Mei, sekurang-kurangnya 27 pekerja maut dalam kebakaran di lombong emas di wilayah Arequipa, selatan Peru. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda