Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    90 banduan lari dari penjara

    BANDA ACEH, Indonesia, 30 Nov – Satu kejadian lari dari penjara di barat Indonesia telah menyebabkan 90 orang banduan dalam buruan setelah melarikan diri menerusi pagar yang rosak, di mana mereka seharusnya menghadiri satu acara ibadat hari ini, menurut seorang pegawai hari ini.

    Banduan berkenaan melarikan diri dari sebuah penjara di Banda Aceh pada malam semalam, namun, sebahagian daripada mereka berjaya ditangkap semula.

    “Pada masa itu terdapat 726 orang banduan, 113 daripada mereka melarikan diri. Kami berhasil menangkap semula 23 daripada mereka dan masih mencari banduan lain yang masih bebas,” kata jurucakap kementerian keadilan, Ade Kusmanto.

    Banduan berkenaan keluar dari sel mereka bagi menghadiri perhimpunan sembahyang besar-besaran di negara majoriti beragama Islam itu, namun sebahagian mereka mengambil kesempatan dengan merosakkan pagar penjara menggunakan besi angkat berat, ujar Kusmanto.

    Pihak polis telah melancarkan satu operasi pemburuan besar-besaran dan memperketat keselamatan di penjara berkenaan.

    Pada kejadian, 10 orang pegawai bertugas untuk mengawal penjara berkenaan.

    Insiden lari dari penjara bukanlah perkara luar biasa di Indonesia, di mana para banduan sering kali di tahan dalam penjara yang penuh sesak dan teruk. Pada Mei tahun lalu, lebih 400 orang banduan melarikan diri selepas mengadakan ibadat besar-besaran di sebuah penjara yang penuh sesak di wilayah Riau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda