Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    90 pelatih sertai PJD kohort 3

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Seramai 90 orang pelatih yang terdiri daripada pelajar iSkill kohort 3 di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), menyertai Program Jati Diri (PJD) Kohort 3 yang telah bermula kelmarin dengan majlis pembukaan di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Wawasan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

    Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili; Pemangku Pengarah Khidmat Bakti Negara, Mejar (B) Haji Mohammad bin Dollah; dan Ketua Kumpulan Kerja Jawatankuasa Pandu Industri Tenaga Kerja (MISC-WG) bagi sektor Tenaga, Haji Mohammad Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh.

    Program selama 90 hari tersebut adalah sebahagian daripada program iSkill dalam Marking and Fitting, iSkill dalam Rigging, iSkill dalam Scaffolding, dan iSkill bagi Industrial Skills Qualification (ISQ) dalam Welding di bawah IBTE.

    PJD adalah usaha kolaborasi antara Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), IBTE, dan Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN).

    Ketua Sekretariat Tetap MPEC, Dr Hajah Siti Haziah binti Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis mengongsikan bahawa sejak program tersebut diperkenalkan, seramai 344 orang pelatih dalam dua kohort sebelumnya telah berjaya menamatkan program berkenaan.

    Beliau menyatakan, program itu diharap akan mempersiapkan para pelatih untuk menangani pelbagai cabaran dan melatih mereka untuk menjadi lebih employable dan indus-try-ready dalam pasaran kerja.

    Pada majlis tersebut, video yang memaparkan perjalanan pelatih kohort lalu yang telah tamat menjalani PJD turut ditayangkan dan diikuti dengan laungan ikrar oleh kesemua pelatih PJD kohort 3.

    Pengiran Hajah Siti Nirmala memukul gong bagi merasmikan program berkenaan.
    Para pelatih melafazkan ikrar pada majlis pembukaan program yang akan berlang-sung selama 90 hari berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda