Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    90 peratus atlet jalani ujian doping

    PARIS, 25 JULAI – Hampir 90 peratus atlet yang akan bersaing di Sukan Olimpik Paris telah melakukan ujian doping sekurang-kurangnya sekali tahun ini, lapor Xinhua memetik kenyataan Agensi Ujian Antarabangsa (ITA), kelmarin.

    Pengerusi Lembaga Yayasan ITA, Valerie Fourneyron, memberitahu sesi ke-142 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bahawa mereka telah menjalankan lebih 32,000 kawalan doping tahun ini, peningkatan sekitar 45 peratus berbanding ujian ke atas atlet dalam tempoh enam bulan sebelumnya.

    Fourneyron berkata program pengujian menumpukan pada ‘disiplin berisiko tinggi’, dengan 75 peratus atlet telah diuji tiga kali atau lebih.

    “Keputusan ini mengatasi Tokyo 2020, sekali gus menjadikan program pengujian pra Sukan Olimpik Paris 2024 paling komprehensif pernah dilaksanakan,” kata Fourneyron. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 26 Jun 2024 menunjukkan logo Olimpik di Menara Eiffel. Hampir 90 peratus atlet telah melakukan ujian doping sekurang-kurangnya sekali menjelang persaingan di Olimpik. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda