Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    90 rumah atas air ranap

    SANDAKAN, 6 MAC – Kira-kira 90 rumah atas air musnah dalam satu kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini awal pagi tadi.

    Ketua Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, Jasri Abd Jal berkata pihaknya menghantar satu pasukan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3:06 pagi, “Tiada mangsa cedera mahupun kehilangan nyawa.

    “Alhamdulillah semuanya selamat, walaupun kami tahu kebakaran ini agak besar juga, berlaku awal (sebelum) subuh dalam keadaan yang gelap,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

    Menurut Jasri, api berjaya dikawal pada 4:53 pagi dan padam sepenuhnya pada 7:48 pagi.

    Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abd Fuad Abd Malek berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah diaktifkan dan semua mangsa ditempatkan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS).

    Menurutnya, setakat ini 34 keluarga telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan proses pendaftaran masih berjalan di PPS tersebut. – Bernama

    Sebahagian rumah yang musnah akibat kebakaran di Kampung Cenderamata, kelmarin. – Bernama
    Basir Munaf, 40, termenung memikirkan rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata, kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda