Tuesday, July 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    90 sertai bengkel gubahan bunga Jepun

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Bagi menandakan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik Negara Brunei Darussalam dan Jepun, Kedutaan Jepun di

    Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan bengkel seni gubahan bunga tradisional, Sogetsu Ikebana di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), RPN Lambak Kanan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama menyaksikan bengkel berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru dan Penolong Pengarah (Pentadbiran) L3C, Awang Sumardi bin Haji Abdul Hamid.

    Seramai 90 orang menyertai bengkel tersebut, di mana mereka mempelajari seni gubahan bunga sebenar daripada tenaga pengajar bertauliah Sogetsu Ikebana dari Jepun yang di bawah kendalian Asahi Cross Cultural Exchange Institute (ACCI).

    Dalam pada itu, bengkel telah menampilkan seramai 11 orang tenaga pengajar Ikebana yang diketuai oleh Master Instructor, Maeda Sanae di mana mereka mengongsikan segala kemahiran dan pengetahuan seni gubahan asli tradisional Jepun kepada para peserta.

    Bengkel berkenaan dibahagikan kepada dua sesi dengan setiap sesi mengambil masa 45 minit.

    Ikebana ialah seni gubahan bunga tradisional yang menekankan keharmonian, keseimbangan dan kesederhanaan. Ia sering menampilkan penggunaan bunga minimalis yang diselangi dengan dahan dan daun, memfokuskan pada garisan dan ruang dalam susunan.

    Dr Siti Norkhalbi hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama menyaksikan bengkel berkenaan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Peserta berpeluang belajar seni gubahan bunga Sogetsu Ikebana daripada tenaga pengajar bertauliah dari Jepun. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Tenaga pengajar bertauliah Sogetsu Ikebana dari Jepun membuat demonstrasi seni gubahan bunga tradisional Jepun semasa bengkel tersebut. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir, tanah runtuh di India ragut 16 nyawa

    GUWAHATI, 2 JULAI – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dalam tempoh dua minggu lalu di...