Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    90 tapak 5G siap dibina di Sarawak

    MIRI, 9 OKT – Sebanyak 90 daripada 339 tapak 5G sudah siap dibina di seluruh negeri Sarawak setakat 5 Okt lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

    Annuar berkata pembinaan tapak yang melibatkan kawasan Kuching, Bintulu serta Miri itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.

    Katanya penggunaan 5G di kawasan itu juga nanti diharap dapat menjadi pemangkin untuk mendukung agenda ekonomi digital kerajaan negeri Sarawak.

    “Progres pembinaan ini akan terus kami pantau dengan kerjasama agensi keraja-an negeri yang turut bekerja-sama dalam pembinaan ini.

    “Kami juga minta kerjasama dari pihak Sarawak Energy kerana semua fasiliti ini bergantung dengan bekalan elektrik yang stabil,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan PerantiSiswa di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak di sini, hari ini.

    Pada majlis itu, lebih 500 pelajar dari pelbagai Institusi menerima peranti tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...