Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    90 terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Kumpulan Syarikat Teeyeem Majeed dan pengasasnya, Al Haji T M Badurudeen telah menyampaikan sumbangan kepada orang yang memerlukan.

    Usaha yang sudah pun berjalan untuk kali ke-13 itu menyaksikan 90 orang terdiri daripada fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang kurang bernasib baik menerima sumbangan berupa barangan makanan asasi bernilai $70.

    Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Ketua Kampung Kilanas, Haji Ameerulbahrynee bin Abdul Hamid serta wakil pengurusan Kumpulan TM Majeed, Ferose Khan Abdul Raooph, Ali Akbar dan Anwar Ali.

    Penyampaian sumbangan berkenaan diharap akan dapat meringankan bebanan mereka dalam bulan Ramadan dan dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Haji Ameerulbahrynee, Ferose Khan Abdul Raooph, Ali Akbar dan Anwar Ali menyampaikan sumbangan kepada penerima salah seorang penerima.
    Haji Ameerulbahrynee bergambar ramai bersama wakil pengurusan Kumpulan Syarikat Teeyeem Majeed pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda