Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    90 warga Etiopia ‘terkurung’ ditemui

    JOHANNESBURG, 6 OGOS – Polis Afrika Selatan menemui 90 warga Etiopia yang terkurung di dalam bilik-bilik terkunci dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan pada hujung minggu lalu, kata seorang jurucakap kelmarin, dan menahan dua suspek atas tuduhan penculikan dan pemerdagangan manusia.

    Polis menemui warga Etiopia berkenaan di dalam sebuah rumah di Johannesburg pada Sabtu ketika mereka sedang mencari seorang lelaki yang telah diculik bagi mendapatkan wang tebusan pada awal minggu tersebut, kata seorang jurucakap polis kepada AFP.

    Pegawai ‘telah menyelamatkan 90 warga Etiopia tanpa izin yang didakwa telah ditahan di luar kehendak mereka dan dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan’, kata satu kenyataan.

    Mereka ‘ditemui terkurung, terkunci dan ditinggalkan bersesak-sesak di dalam beberapa bilik’. Mereka kemudiannya dibawa ke kemudahan perubatan.

    Lelaki yang telah diculik adalah antara mangsa kumpulan itu. Penculik telah menuntut beribu-ribu rand sebagai tebusan untuk pembebasannya.

    Polis menahan dua orang suspek, yang dijangka menghadapi pertuduhan menculik dan memperdagangkan manusia.

    Walaupun pertumbuhan ekonomi Afrika Selatan yang tidak memberangsangkan, sebagai negara paling maju di benua itu, ia telah menarik berjuta-juta pendatang, terutamanya dari negara-negara Afrika yang lain.

    Ramai daripada mereka datang dari Malawi, Lesotho dan Afrika, tetapi kebanyakannya dari Zimbabwe. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda