Saturday, March 29, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    900 tahanan Palestin enggan makan

    RAMALLAH, 6 OKT – Beratus-ratus tahanan Palestin di penjara Israel di Tebing Barat yang diduduki, enggan makan hari ini sebagai menunjukkan solidariti terhadap 30 tahanan yang mogok lapar, lapor Anadolu.

    Kira-kira 900 warga Palestin menyertai protes di Penjara Ofer yang terletak berhampiran Ramallah, menurut Persatuan Tahanan Palestin, sebuah NGO tempatan.

    Sejak 25 September seramai 30 tahanan di Ofer kebanyakannya anggota Barisan Popular Pembebasan Palestin mogok lapar sebagai membantah penahanan mereka tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan, tambah laporan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda