Saturday, November 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    90,000 anggota keselamatan dikerah untuk pilihan raya Sri Lanka

    COLOMBO, 13 NOV – Kira-kira 90,000 anggota polis dan pasukan keselamatan Sri Lanka dikerah mengawal keselamatan semasa Pilihan Raya Parlimen yang dijadualkan esok, kata jurucakap polis kelmarin, lapor Xinhua.

    Jurucakap polis Nihal Thalduwa, memberitahu media, pasukan keselamatan ini dikerahkan mulai kelmarin untuk memastikan pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil, dan setakat ini mereka tidak menerima sebarang aduan serius mengenai insiden kekerasan berkaitan pilihan raya.

    Thalduwa berkata mereka menurunkan 1.36 juta poster pilihan raya haram menjelang tengah malam Isnin dengan menggunakan 1,500 pekerja.

    Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di seluruh Sri Lanka akan ditutup hari ini dan esok berikutan pilihan raya. – Bernama

    Pegawai pilihan raya dan seorang pegawai polis membawa kotak undi dan bahan pilihan raya lain sehari sebelum pilihan raya parlimen Sri Lanka di Colombo, Sri Lanka, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda