Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan

    KABUL, 14 JULAI – Sekitar 90,000 kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di beberapa bahagian di ibu negara Afghanistan, Kabul, bagi memastikan keselamatan dan memantau aktiviti jenayah, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Matin Qani, lapor Xinhua.

    TV tempatan, TOLOnews yang memetik kenyataan pegawai itu semalam melaporkan bahawa kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul, sebuah bandar yang mempunyai enam juta penduduk, untuk memantau insiden dan aktiviti jenayah.

    Menurut pegawai itu, rancangan kerajaan sementara Afghanistan adalah untuk memasang sistem pengawasan video di semua wilayah dan bandar di seluruh negara yang dilanda peperangan itu dalam tempoh empat tahun akan datang.

    Selain Kabul, kamera telah dipasang di pintu keluar dan masuk Charikar, ibu kota wilayah Parwan di utara, 55km utara Kabul.

    Aktiviti jenayah, termasuk kecurian, rompakan, pembunuhan dan penculikan telah berkurangan secara drastik di Kabul dan bandar-bandar lain, menurut pegawai itu. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda