Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    900,000 dijangkiti wabak chikungunya

    PARIS, 20 APRIL – Ketua perkhidmatan hospital di pulau Lautan Hindi milik Perancis, Reunion, hari ini, menyeru bantuan perubatan tambahan bagi menangani wabak penyakit chikungunya yang tersebar melalui nyamuk.

    “Kami benar-benar berada di tahap maksimum kapasiti,” kata Lionel Calenge kepada stesen radio RMC.

    “Pakar epidemiologi menjangka kemuncak wabak itu akan berlaku pada pertengahan April dan kini sedang berlaku.”

    Kenyataan itu dibuat sehari sebelum Presiden Perancis Emmanuel Macron memulakan lawatan lima hari ke wilayah-wilayah Lautan Hindi, termasuk Reunion pada Selasa.

    Sejak awal tahun ini, chikungunya telah meragut enam nyawa di pulau tersebut dan kira-kira satu daripada sembilan penduduk iaitu hampir 900,000 orang dipercayai telah dijangkiti wabak tersebut.

    Walaupun perkhidmatan kesihatan awam Perancis mengatakan wabak itu kelihatan mula reda pada awal April, tetapi menurut Calenge, selama beberapa minggu, kami menerima diantara 30 sehingga 40 pesakit ‘chik’ di dua wad kecemasan kami.” – AFP

    Gambar fail, virus respiratori sinsitial manusia (RSV) virus respiratori sinsitial manusia (RSV) berwarna biru, dan antibodi emas/protein F anti-RSV berwarna kuning, pada 17 April. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda