Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Seramai 91 ahli telah menerima surat lantikan Ahli Jawatankuasa Takmir Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah bagi Sesi 2025-2027 di Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil penghargaan serta surat lantikan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
Perlantikan berkenaan adalah bertujuan bukan saja dengan mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang berbentuk peraduan dan pertandingan yang dianjurkan tetapi juga meliputi pentakmiran secara keseluruhan khususnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah seperti sembahyang lima waktu, kuliah-kuliah ilmu dan lain-lain lagi.
Pengimarahan masjid bukanlah suatu yang mudah dan bukan hanya menjadi tanggungjawab pegawai masjid sahaja, tetapi juga ahli jawatankuasa (AJK) takmir masjidnya.
Setentunya komitmen ahli jawatankuasa amat penting dalam sama-sama menjayakan aktiviti takmir masjid kerana setiap kejayaan tidak akan dapat dicapai jika hanya satu pihak sahaja yang bergerak secara sendirian.
Justeru, dengan kerjasama kedua-dua pihak ini akan menjadikan masjid menjadi gilang-gemilang dengan pelbagai aktiviti takmir.
Antara yang menerima sijil pelantikan daripada tetamu kehormat dalam majlis berkenaan.