Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    92 juta kanak-kanak di Eropah, Asia Tengah terjejas akibat gelombang haba – UNICEF

    NEW YORK, 27 JULAI – Sejumlah 92 juta kanak-kanak di Eropah dan Asia Tengah, atau separuh daripada populasi muda di rantau ini didapati lebih kerap terdedah kepada gelombang haba iaitu sebanyak dua kali ganda purata global.

    Pengarah Serantau Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Regina De Dominicis berkata negara di rantau itu kini merasakan bahang akibat krisis iklim, dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak paling terjejas teruk.

    “Angka itu dijangka meningkat kepada pada 2050,” katanya dalam satu taklimat hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Beliau berkata implikasi negatif terhadap kesihatan kini dan pada masa depan bagi sebahagian besar kanak-kanak di rantau ini sewajarnya menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk melabur segera dalam langkah mitigasi.

    Selain itu, gelombang haba juga menjejaskan pendidikan kanak-kanak kerana menghalang keupayaan mereka untuk menumpukan perhatian dan belajar, menurut laporan itu.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gelombang haba di Eropah dan Asia Tengah menjadi semakin kerap tanpa ada tanda-tanda untuk reda, dengan kekerapannya dijangkakan meningkat lagi pada tahun-tahun akan datang.

    Dianggarkan peningkatan suhu global pada 1.7 darjah Celsius dan menjelang 2050, setiap kanak-kanak di rantau itu diunjur mengalami frekuensi gelombang haba yang tinggi.

    Lebih membimbangkan, kira-kira 81 peratus daripada kanak-kanak ini akan mengalami tempoh gelombang haba yang berpanjangan, manakala 28 peratus akan menghadapi keadaan gelombang haba yang lebih teruk. – Bernama

    Regina De Dominicis berkata 92 juta kanak-kanak di Eropah dan Asia Tengah terjejas akibat gelombang haba. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda