Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    922 kanak-kanak 5-11 tahun divaksinasi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Sebanyak 922 dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun pada hari pertama pusat-pusat vaksinasi dibuka semasa bulan Ramadan, kelmarin.

    Dengan jumlah tersebut, bilangan keseluruhan pemberian vaksin bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun adalah sebanyak 1,904 dos iaitu 4.4 peratus daripada kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut.

    “Sementara itu, kadar liputan bagi penduduk negara ini yang telah mene-rima tiga dos vaksin meningkat kepada 62 peratus kelmarin,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dalam pada itu, Yang Berhormat Dato memaklumkan bahawa sebanyak 418 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini iaitu 389 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan 29 kes adalah hasil 853 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 137,239 kes.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menjelaskan bahawa terdapat satu kes yang dikategorikan dalam kategori 5 iaitu mereka yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU).

    “Manakala dua kes sedang berada dalam kategori 4 iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi,” tambah beliau.

    Pada hari ini juga, sebanyak 615 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 134,109 kes.

    “Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 2,916 kes iaitu 58 kes sedang dirawat di hospital manakala 2,858 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” jelas beliau.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa dalam rahmat dan inayat Allah SWT.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menjelaskan mengenai statistik COVID pada sidang media kelmarin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...