Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    93 kubur ditemui di tapak sekolah

    MONTREAL, 26 JAN – Sebuah komuniti Orang Asli di Kanada telah mengenal pasti hampir 100 tapak disyaki kubur di tapak kediaman sebuah sekolah, beberapa bulan selepas penemuan ratusan mayat kanak-kanak di bekas sekolah berasrama penuh menggegarkan negara.

    Komuniti Williams Lake First Nation (WLFN) berkata kelmarin bahawa tinjauan geofizik mendedahkan “93 pantulan” dengan ciri-ciri “menunjukkan potensi pengebumian manusia” di bekas sekolah kediaman St. Joseph’s Mission di British Columbia.

    Penyiasat “meninjau kira-kira 14 hektar tapak seluas 480 hektar”, iaitu kira-kira 300 kilometer di utara Kamloops – di mana mayat 215 kanak-kanak ditemui pada Mei lalu.

    Sejak Mei lalu, lebih daripada 1,000 kubur tanpa nama telah ditemui berhampiran bekas “sekolah kediaman India” yang dikendalikan oleh kumpulan agama, memberi penerangan tentang babak gelap dalam sejarah Kanada dan dasar asimilasi paksa rakyat Bangsa-Bangsa Pertama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda