Friday, January 17, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    93 maut dalam tanah runtuh di Kerala

    NEW DELHI, 30 JULAI – Sekurang-kurangnya 93 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang melanda ladang teh di daerah Wayanad, Kerala, India berikutan hujan lebat, hari ini.

    Angka kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa dikhuatiri terperangkap atau tertimbus di dalam lumpur dan di bawah runtuhan.

    Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat bagi daerah yang dilanda bencana itu serta kawasan berhampiran termasuk Malappuram, Kozhikode dan Kannur.

    Walaupun tanah runtuh semasa musim tengkujuh adalah perkara biasa di beberapa bahagian di India, skala bencana di Wayanad telah mengejutkan orang ramai.

    Sebanyak 11 mayat ditemukan di pelbagai lokasi di sungai Chaliyar dekat Malappuram, lapor media tempatan.

    Perjalanan di Kerala turut terjejas akibat hujan dan tanah runtuh.

    Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata satu pasukan yang terdiri daripada lima menteri telah dihantar ke Wayanad untuk menyelia usaha bantuan yang sedang dijalankan.

    “Terdapat 93 mayat telah ditemukan. Ia adalah bencana paling teruk yang dialami di negeri ini,” kata beliau.

    Sementara itu, Perdana Menteri Narendra Modi memberi jaminan tentang segala bantuan yang mungkin daripada kerajaan pusat susulan bencana itu. – Bernama/AFP

    Pasukan penyelamat ketika menjalankan operasi menyelamat di Wayanad, negeri Kerala selatan, India, pada 30 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda