Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Seramai 93 pelajar dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) telah mengadakan lawatan ke Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, hari ini, sebagai sebahagian daripada program pembelajaran sekolah berkenaan.
Acara dimulakan dengan taklimat mengenai fungsi dan visi jabatan dan seterusnya diikuti dengan tayangan video korporat jabatan tersebut termasuk lawatan ke Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
Rombongan turut berpeluang mengadakan perbahasan pendidikan di Mini Chamber di Dewan Majlis bagi memberikan para pelajar pengalaman menjalankan perbahasan dan kemudiannya diikuti dengan lawatan ke tempat pameran.