Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    94 pain darah berjaya dikumpulkan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Sebanyak 94 pain darah berjaya dikumpulkan dalam acara kempen derma darah dan pandu uji, Drive For Life, anjuran Lexus Brunei buat kali pertama yang berlangsung di Dewan Pameran Lexus, Gadong, kelmarin.
     
    Kempen yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan BloodKad, bermatlamat untuk menggalakkan pendermaan darah dan meningkatkan kesedaran mengenai peranan pentingnya dalam menyelamatkan nyawa serta untuk melibatkan orang ramai dengan jenama Lexus menerusi acara yang bermakna dan menumpukan kepada masyarakat.
     
    Salah satu acara menarik semasa kempen berkenaan merupakan pengalaman uji pandu eksklusif Lexus bagi para pengunjung dan penderma darah yang menanti giliran mereka.
     
    Sebagai sebahagian daripada komitmen Lexus kepada Omotenashi dan penglibatan masyarakat yang sebenar, Drive for Life, memberikan peluang kepada para peserta untuk menyumbang kepada acara berkebajikan yang mampu menyelamatkan nyawa sambil berpeluang menyaksikan serta menguji prestasi mewah kenderaan Lexus.
     
    Acara itu berjaya untuk menghimpunkan masyarakat dalam sama-sama menyokong kempen menderma darah secara sukarela, mencerminkan nilai-nilai Lexus iaitu tulen dan bertanggungjawab secara sosial.
     
    Kejayaan kempen berkenaan juga membantu mengukuhkan imej jenama Lexus sebagai sebuah syarikat bertanggungjawab sosial.
     
    Antara para penderma darah yang menyertai kempen tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Penyanyi Edry Abdul Halim berkongsi keadaan terkini selepas dilaporkan...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...