Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    95 maut akibat kebuluran, penyakit di kem pelarian Sudan

    KHARTOUM, 29 SEPT – Kira-kira 95 orang maut akibat kebuluran dan penyakit sejak 40 hari lalu di kem pelarian Abu Shouk di El Fasher, barat Sudan, menurut kumpulan sukarelawan kelmarin.
     
    Abu Shouk Camp Emergency Room dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 73 kanak-kanak bawah lima tahun dan 22 warga emas meninggal dunia akibat kebuluran dan penyakit.
     
    Kumpulan terbabit turut memberi amaran mengenai krisis kesihatan yang meningkat, termasuk mayat tidak dikebumikan di seluruh bandar berikutan keadaan keselamatan yang rapuh, di samping menggesa pertubuhan antarabangsa mewujudkan laluan selamat bagi orang awam yang melarikan diri daripada konflik.
     
    Penyelarasan Jawatankuasa Penentangan di El Fasher, satu lagi kumpulan sukarelawan mengesahkan jumlah kematian dan melaporkan kemerosotan mendadak situasi kemanusiaan, termasuk pengeboman berterusan, keruntuhan perkhidmatan asas dan penutupan kebanyakan dapur amal berikutan kekurangan dana serta kenaikan harga.
     
    Pada Khamis, Rangkaian Doktor Sudan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendedahkan 23 kematian akibat kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak dan wanita di El Fasher sepanjang bulan ini. 
     
    Pada Julai, kumpulan itu menyatakan seramai 239 kanak-kanak maut sejak Januari berikutan kekurangan makanan dan ubat-ubatan.
     
    Pertempuran ganas antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan sekutunya dengan Rapid Support Forces (RSF) meletus di El Fasher sejak Mei 2024, dengan pertempuran semakin sengit dalam beberapa hari kebelakangan ini. – Bernama
     
    Antara rakyat Sudan yang melarikan diri dari bandar al-Fashir di salah sebuah kem pemindahan di Al Dabba, Sudan pada 6 September. – Reuters

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Berita Berkaitan

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...