Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    95 pelajar khatam Al-Quran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Seramai 95 orang peserta terdiri daripada 53 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Azim, Serasa, telah mengikuti majlis khatam Al-Quran setelah berjaya menamatkan pembacaan 30 juzuk Al-Quran.

    Majlis yang berlangsung di Dewan As Salam, sekolah tersebut telah dihadiri oleh tetamu khas, Ketua Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Dayang Rufidah binti Haji Awang Sulaiman.

    Sebagai aktiviti tahunan sekolah tersebut, majlis itu adalah bagi memupuk semangat para pelajar agar sentiasa mencintai, menghayati Al-Quran dan ajaran agama Islam, melatih mereka agar lebih berusaha mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT, di samping menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran serta menanamkan sifat bekerjasama antara warga sekolah, ibu bapa dan penjaga murid.

    Terdahulu, majlis khatam dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh tetamu khas majlis dan seterusnya bacaan surah ayat-ayat lazim bermula daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam.

    Majlis kemudian diakhiri dengan tetamu khas menyampaikan sijil khatam kepada para peserta khatam.

    Salah seorang pelajar menerima sijil khatam daripada tetamu khas. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda