Oleh Faridah Haji Ibrahim
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Seramai 96 orang ahli Gabungan Aliansi Rakyat Daerah Buruh Migran Indonesia (GARDA BMI) dengan kerjasama Kedutaan Indonesia di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, menderma darah di Pusat Menderma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di ibu negara.
Ahli-ahli GARDA BMI yang terdiri daripada para pekerja Indonesia dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait merupakan penderma darah aktif yang melakukan kempen derma darah ini dalam masa tiga bulan sekali.
Setiausaha GARDA BMI, Nurhayana binti Abdullah, mengatakan kempen berkenaan merupakan derma darah gabungan kali ke-8 dalam usahanya menyatukan ahli dan juga beramal dengan menambah simpanan darah bagi sesiapa yang memerlukannya pada waktu kecemasan kelak.
