Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    97 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 27 OKT – Sebanyak 97 pain darah telah dikumpul sebagai sebahagian daripada kempen derma darah anjuran Kumpulan Syarikat Serikandi di Bilik Ballroom, Kafe dan Restoran Serikandi baru-baru ini.

    Kempen dengan sokongan Unit Tabung Darah dari Hospital Suri Seri Begawan itu diadakan dalam dua sesi dan disertai kakitangan Kumpulan Syarikat Serikandi serta orang ramai.

    Selain itu, kempen itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Serikandi sempena sambutan ulang tahun ke-50 kumpulan syarikat tersebut.

    Syarikat yang mengambil bahagian termasuk Kafe dan Restoran Serikandi, Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd, Ya Nur Trading & Company, Jisco Marine Sdn Bhd dan Serikandi Kent Energy Solutions Sdn Bhd.

    Syarikat berharap darah yang dikumpul dapat membantu menambah bekalan darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

    Seorang sukarelawan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan dan mengekalkan stok bekalan darah di tahap yang optimum. Selain daripada mampu menyelamatkan nyawa, menderma darah juga boleh menyihatkan tubuh badan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara yang mengambil bahagian dalam kempen derma darah anjuran Kumpulan Syarikat Serikandi. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda